rakan-rakan ku

Wednesday, July 11, 2012


Photo: Beza lelaki & perempuan Ketika putus cinta..hmm..betul ke lelaki mcm ni?mcm susah nak percayakan gambar ni je..haha..... Setuju klik LIKE :)

cuba lihat gambar di atas.. step by step.. bila saya lihat gambar ni.. saya mahu tergelak sendiri.. kerana situasinya sama seperti yang saya alami sebelum ni.. mari saya ceritakan serba sedikit pengalaman yang pernah berlaku, semoga ianya menjadi tauladan kepada kita semua. insyaAllah... =).. baiklah gambar ni berkisar tentang pasangan yang putus cinta.. yang pasti kalau dilihat dari sudut gambar yang pertama.. si gadis begitu sedih dengan perpisahan yang berlaku..manakala si jejaka begitu gembira sekali..kononya bebanan cinta sudah terlepas.. =D itu cuma agakkan saya saja. gambar yang kedua pula si jejaka sepertinya menghadapi situasi stress dan kebosanan berlaku.. bagi pendapat saya, si jejaka berasa menyesal dengan segala perbuatannya.. manakala si gadis sudah mula bisa menerima kenyataan & menjalani hidup seperti sedia kala.. gambar ketiga menyaksikan penderitaan si jejaka yang benar-benar menyesal dengan segala perbuatannya.. kehilangan insan yang benar-benar tulus mencintainya sudah tiada.. penyesalan yang tiada berkesudahan membelenggu benak fikirannya.. manakala si gadis sudah ceria & merasakan segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..
seperti itu lah luahan rasa hati empunya blog..  mungkin pandangan kita berbeza.. namun penderitaan bercinta sama di rasa.. =D.

* mencintai insan yang benar-benar tulus mencintai kamu akan membahagiakan hidupmu. jangan terlalu mengejar kesempurnaan kerana takut ianya akan membuatkan kamu kehilangan segala-galanya..
belajarlah untuk menerima pasangan kamu seadannya.. jika kamu merasakan bosan dengan pasanganmu, cuba ingati kembali saat2 susah kamu mendapatkannya.. cinta itu amat indah.. lengkapi kasih sayang & cintamu itu dengan satu ikatan yang sah.. pasti akan bahagia hingga ke hujung nyawa.. insyaAllah.. =)

No comments:

hak milik kekal diary hatiku