rakan-rakan ku

Wednesday, September 12, 2012

siapa yg ku rindu

Assalamualaikum..

sunyi betul malam ni... dingin benar-benar terasa.. terkadang mata inginku lelap, namun masih belum mahu untuk beradu.. apa sudah jadi?tetiba satu kenangan muncul menjelma, mengingati kembali kenangan sewaktu bersama.. terasa asing benar aku rasa saat ini. mengapa lagi aku masih memikirkan dirinya.. sedangkan mungkin dia tidak lagi mengingati diriku.. saat ini pasti dia sudah berbahagia bersama pilihan hatinya. aku turut gembira. mungkin sekarang senyuman ku sudah ditukar ganti dengan gadis pilihannya. :)

apa jua yang berlaku aku masih mendoakan kebahagiaan dirinya. ya.. aku sudah semakin tabah.. :) walaupun fikiranku kadangkala terfikir juga tentangnya. kenangan yang terpahat bukan mudah untuk dilupakan dengan sekelip mata. terkadang tak dapat ku pendam & akhirnya aku lemah, terjatuh juga air mata ku sehingga membawa ke dalam lenaku.

dia yang aku rindu... aku mahu melihat kau bahagia.. :) setiap malam sebelum ku terlelap, pasti akan teringatkan dirimu.. ku titipkan doa buatmu di sana... semoga berbahagia... 





p/s: Malam ni jiwang pulak aku ni... ^_^'  ...

hak milik kekal diary hatiku