rakan-rakan ku

Friday, July 20, 2012

assalamualaikum semua.. hmm.. pejam celik pejam celik (jgn tak celik2 dah..hihi) kita dah nak meninggalkan bulan syaban.. bulan ramadhan melambai2 mengucapkan ahlan wasahlan....
hmm.. saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada seluruh umat islam di dunia..expecially in malaysia..=)
bulan ramadhan bulan yang sangat mulia.. 
marilah bersama-sama kita menfaatkan bulan ini dengan perkara2 yang mendatangkan pahala & kebaikan..
perbanyakkan menbaca al-quran.. banyakkan berzikir.. amalan2 kebaikan ini bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan ramadhan sahaja.. malah bulan2 lain juga bole... cuma nak taknk je kan..
hmm.. ok.. bulan ramadhan ni datang sekali sahaja dalam setahun... 
jadi marilah beramai2 kita kejar pahala banyak2..=D
hmmm.. teringat saya pada ramadhan yang sebelum ni... berbuka bersama rakan-rakan...
ala kadar sahaja tapi seronok...
maklumlah hidup di perantauan..(padahal tak jauh sgt pun) hihihi..
bila hidup sendiri baru tahu rasa .. =D
hmm.. apa pun.. segala kenangan itu sudah berlalu yang hanya mampu kita kenang & tak mungkin kembali lagi...
mungkin ramadhan yang sebelum ni kita banyak leka.. banyak membuang masa.. mungkin kita hanya mengikut.. 'orang pose, kite pose'
tapi... amalan di bulan puasa tak ada.. bukan kah satu kerugian??
belum tentu lagi kita dapat merasa nikamt berpuasa selepas ini..
mana lah tahu kita takkan dapat berjumpa di ramadhan akan datang...

macam saya sendiri pun mungkin banyak membuang masa pada ramadhan sebelum ni..
insyaAllah saya takkan mensia2 kan ramadhan kali ni..
mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir untuk saya... siapa tahu..
semua Allah yang tentukan... =)

kalau kita lihat setiap kali ramadhan jer,, manusia sebuk berfikir.. 'alamak tak beli baju raya lagi la.. aduhai, tak tempah lagi laa, eh kueh apa nak buat tahun ni & macam2 lagi...
tapi adakah kita terfikir..'ramadhan kali ni aku nak buat amalan banyak2..
aku nak tebus balik kekhilafan aku , aku nak buat kebaikan.. aku nak...bla..bla..bla..'

jarang manusia akan berfikir sebegitu, mungkin salah satu nya saya... hmm.. oleh itu.. marilah sama2 kita jadikan ramadhan kali ni , ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya.. marilah kita berdoa kepada Allah semoga Dia menerima segala amalan yang kita lakukan.. insyaAllah..

*p/s : elakkan pembaziran pada bulan ramadhan ni... kalau rasa2 makanan tu banyak sangat.. ajak lah kawan2 berbuka sekali.. hihihi..=D SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1433 HIJRAH...

hak milik kekal diary hatiku