rakan-rakan ku

Monday, July 16, 2012

ya.. manusia boleh berubah...

assalamualaikum semua... di harap rakan-rakan sihat sentiasa hendaknya.. 
alhamdulillah saya di sini sihat selalu dengan izinNya...

hmm.. title entry saya tu mmg tak asing lagi la dengan keadaan semasa..
ya..! manusia boleh berubah.. baiklah saya mahu menceritakan tentang satu kisah yang mana ianya ad kaitan dengan 'sahabat' saya..


saya perkenalkan dia sebagai 'S' sahaja..
baiklah S adalah seorang gadis yang sangat periang,   tidak di nafikan bahawa rakan-rakan selesa apabila bersamanya.. namun ada satu sikap yang sukar untuk di ubah oleh S .. iaitu dia seorang yang sangat panas baran.. S akan memaki hamun sesiapa saja yang menyakiti hatinya.. S seorang yang sngat sensitif.. apabila dirinya seperti diperminkan dia akan segera bertindak tanpa berfikir baik buruk padahnya...

itulah sikap S yang sukar untuk di ubah.. selain itu S juga seorang yang boleh dikatakan tidak sempurna auratnya...dia berpakaian seperti dia saja yang berada dlm dunia ini.. 
dia suka berpakaian kurang sopan.. seperti memakai seluar pendek, baju ketat & sebagainya..

 namun begitu dia seorang yang suka membantu rakan- rakan di dalam kesusahan.. dia juga seorang yang pemaaf walaupun barannya itu mengatasi segala-galanya..
adakala sikapnya itu sukar untuk ditafsirkan... 

ya..! manusia itu bole berubah... selang beberapa lama.. saya melihat satu perubahan yang ketara pada diri S... saya melihat dia bertudung walau hendak ke mana- mana.. walaupun hendak ke kedai.. tidak seperti dulu lagi.. perwatakkannya sudah berubah... dia sudah menjadi seorang gadis yang lembut budi pekerti.. & mudah mengalah namun jauh sekali untuk cepat melatah... sikap barannya tidak lagi kelihatan.. jika 
saya melihat  dia sedang marah dia hanya berdiam sahaja tanpa membidas kembali seperti sebelumnya..

sikapnya lebih di senangi oleh rakan- rakannya..alhamdulillah...dia berubah ke arah yang diredhai..
ayuhlah rakan- rakan semua.. kita perbaiki diri.. ke arah yang lebih baik dari sekarang..
perubahan itu perlu dalam diri setiap manusia...
jika anda ingin berubah & ada insan2 di luar sana yang memandang sinis terhadap anda.. usah
dipedulikan kerana kita sedang berusaha selangkah mendekatkan diri kepadaNya..

* MARI PERBAIKI DIRI UTK KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA.. INSYAALLAH *




hak milik kekal diary hatiku